Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

MAJLIS KORBAN & AKIKAH KELAB KEBAJIKAN KAKITANGAN YBU PERAK

MAJLIS KORBAN & AKIKAH KELAB KEBAJIKAN YBUDR

YBUDR 13 September 2016 – Menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha, Majlis Korban & Akikah anjuran Kelab Kebajikan Kakitangan YBU Perak telah dilaksanakan bertempat di Rumah YBU, Jalan Sultan Azlan Shah (Jln. Tigerlane).

Program ini merupakan acara tahunan Kelab Kebajikan Kakitangan YBU Perak yang turut  mengagihkan sekitar 110 bungkus daging korban di dua buah flat iaitu Flat Connoly dan Flat Kinta Height yang juga merupakan aktiviti kebiasaan saban tahun.

Pada majlis tersebut, Kelab Kebajikan Kakitangan YBUDR turut menjemput seramai 25 orang kanak-kanak daripada Rumah Anak-anak Yatim Miskin Ar-Ridwaniah, Manjoi untuk menghadiri kenduri yang diadakan selain turut menerima sumbangan duit raya dari Kelab Kebajikan Kakitangan YBU Perak yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi YBUDR, En.Hairul Anwar Mohamed Noor.

Komen-komen
Loading...