Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

MAJLIS PENYAMPAIAN KUNCI PROJEK PEMBANGUNAN DESA BINA UPAYA

YBUDR 15 Mei 2016 – Majlis Penyampaian Kunci Projek Pembangunan Desa Bina Upaya telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Tapak Projek Desa Bina Upaya, Kg. Tanjung Batu, Batu 3 Segari, Manjung.

Projek tersebut melibatkan pembinaan 21 unit rumah dibawah Skim Insan Amanjaya (SRIA) yang berharga RM 62,000 dimana pembelinya perlu membayar sebanyak RM 258 setiap bulan. Menteri Besar Perak iaitu Dato Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, projek berkenaan adalah yang pertama seumpamanya dilaksanakan dinegeri ini bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata pembinaan perumahan berskala kecil akan dibangunkan di tapak milik kerajaan berbanding sebelum ini berkonsepkan pembinaan secara individu.

Kawasan tersebut merupakan model yang pertama menggunakan konsep kreatif ini dengan jumlah rumah yang dibina sebanyak 21 unit pada keluasan hampir tiga ekar. “Adanya pendekatan ini kerajaan beri subsidi kepada mereka yang terpilih. “Di Tanjung Batu di Segari, tiga ekar tanah milik kerajaan dikenal pasti untuk bina rumah SRIA ini. “Untuk kos infra dianggarkan sebanyak RM1.5 juta dan kita sediakan rumah dengan nilai RM62,000 (seunit)” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry. Katanya lagi, kawasan lain yang dikenal pasti melaksanakan pendekatan yang sama adalah di Kemunting dan Slim yang mana harga rumahnya mungkin berbeza mengikut kawasan.

SRIA merupakan satu skim kendalian Yayasan Bina Upaya (YBU) yang telah diperkenalkan beberapa tahun dahulu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah.

“Perlu diingatkan YBU selain sediakan rumah sebegini tetapi ia juga buat rumah percuma kepada rakyat miskin tegar,” katanya.

Tambah Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi, penekanan turut sama diberikan bagi membina rumah mampu milik yang mana ia diusahasamakan dengan Lembaga Perumahan Negara.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Dato Ismail Saffian, Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Hairul Anwar Mohamed Noor, Ketua Pegawai Operasi YBUDR serta Kakitangan Pegurusan Kanan YBUDR.

 

 

 

 

Komen-komen
Loading...