Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERMUKIMAN YAB MB PERAK

PROGRAM GOTONG- ROYONG PERMUKIMAN YAB MB PERAK DI LENGGONG (HULU PERAK)

YBUDR 23 Febuari 2016 – Program gotong-royong permukiman YAB Menteri Besar Perak telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kampung Bonggor, Temenggor, Hulu Perak. Seramai 5 kakitangan YBUDR dan 20 sukarelawan terlibat dalam melaksanakan program gotong-royong tersebut.

Turut berlangsung Penyerahan Bantuan Kotak Makanan dan gimik perasmian mengecat rumah deco Puteri UMNO bersama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.

Turut hadir Dato Ismail Saffian, Ketua Eksekutif YBUDR, Dato Hasbullah Osman, Ahli Parlimen Gerik dan YB. Salbiah Mohamed, Puteri UMNO Bahagian Gerik.

Komen-komen
Loading...