Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

Kembara Syawal Bina Upaya 2015


11 Ogos 2015 – Kembara Syawal Bina Upaya merupakan inisiatif YBUDR untuk mendekati semua profil penerima rumah Projek INFRA Bina Upaya [I.B.U] sejak tahun 2010 sehingga Jun 2015.

Program ini sempena “5 Tahun YBUDR”. Selama 5 tahun YBUDR beroperasi pelbagai usaha murni yang telah dijalankan untuk sama-sama membasmi kemiskinan khususnya di Negeri Perak. 

Mulai hari ini, seramai 20 orang kakitangan YBUDR yang terdiri daripada YBUEC, UHAS, UKK dan UPK akan turun padang untuk bersama-sama profil YBUDR meraikan Aidilfitri pada kali ini. 

Antara pengisian selain ziarah prihatin, turut diadakan penyampaian kotak bantuan makanan perayaan dan sumbangan duit raya kepada mereka. 

Komen-komen
Loading...