Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

Pinjaman IBU – Iktisad Bina Upaya


SKIM PINJAMAN MIKRO

PENGENALAN

  • Sebuah Skim Pinjaman Mikro dengan menyalurkan pinjaman serta mengenalpasti Mata Pencarian Lestari (MPL) kepada golongan sasaran bagi mengubah taraf hidup kepada tahap yang lebih baik.
  • Program ini menggunakan pendekatan “Blue Ocean Strategy” (Strategi Lautan Biru) dimana pinjaman yang diberikan tiada pertindihan dengan agensi pembiayaan yang lain.
  • Menyediakan kursus bimbingan keusahawaan dan jaringan perniagaan.

 

OBJEKTIF

  • Mewujudkan mekanisme bagi meningkatkan pendapatan.
  • Memberi peluang dan mencipta pendapatan yang lestari kepada usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan
  • Melahirkan golongan yang berpengetahuan dalam bidang keusahawanan.
  • Menyalurkan bimbingan keusahawaan dan juga sebagai jaringan perniagaan.
  • Mewujudkan jaringan perniagaan.
  • Mengurangkan jurang kemiskinan antara penduduk Negeri Perak.

 

SYARAT ASAS KELAYAKAN

  • Sedang atau telah menjalankan perniagaan melebihi 6 bulan dan keatas.
  • Umur pemohon mestilah 18 – 59 tahun
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam Negeri Perak sahaja.
  • Hakmilik perniagaan persendirian (bukan perkongsian)
  • Pemohon dan pasangan bukanlah seorang kakitangan awam atau badan berkanun.
  • Skop perniagaan yang dijalankan berlandaskan syariah.

 

PERNIAGAAN YANG DI LUAR SKOP PEMBIAYAAN YBUDR

  • Pertanian (baka ternakan / benih tanaman)
  • Urusniaga berkonsep MLM (Multi Level Marketing).
  • Urusniaga berbentuk pelaburan atau saham atau skim cepat kaya
  • Pembelian kenderaan komersial ( teksi / lori / bas / van)
  • Perniagaan bermusim(Contoh : Pasar Ramadhan, pertanian bermusim, tanaman kontan dan ladang komoditi seperti penanaman padi, getah, sawit, koko, dan lain-lain).
  • Perniagaan yang menyalahi undang-undang kerajaan Malaysia (Dadah / ubatan terlarang / bahan letupan / perdagangan manusia)
  • Perniagaan yang bertentangan dengan hukum syariah (gubahan wang haram / ceti)

 

JENIS PERNIAGAAN

  • Makanan
  • Pembuatan
  • Perkhidmatan
  • Peruncitan
  • Sumber Alam

 

GOLONGAN SASARAN

  • GOLONGAN SASARAN (kumpulan keterbawahan)
    • Miskin
    • Mudah miskin
    • Miskin Tegar
  • Usahawan- usahawan Kecil

 

KETERANGAN PINJAMAN

  1. Mengisi borang yang disediakan secara percuma dengan lengkap yang telah disahkan dan jua sertakan bersama sama salinan kad pengenalan.
  2. Sebarang keputusan permohonan adalah dimaklumkan dalam jangkamasa 25 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap diisi.
  3. Pecahan pinjaman merangkumi amaun pinjaman, caj pengurusan (2% E-Kasih, 4% Bukan E-Kasih), perlindungan insuran pinjaman, khairat kematian dan pembangunan usahawan.
  4. Borang yang lengkap diisi boleh dihantar sendiri atau melalui pos ke alamat
    Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
    Aras D-2-1, Greentown Square,

    Jalan Dato’ Seri Ahmad Said,
    30450, Ipoh, Perak Darul Ridzuan (U/P : Jabatan Penilaian Kredit)

 

JENIS SKIM PEMBIAYAAN 

 

  1. Skim Pinjaman IBU (Iktisad Bina Upaya)
  • Semua jenis perniagaan yang sah dari hukum syarak di jalankan sendiri demi melestarikan pendapatan dan kemahiran yang sedia ada dalam menjana ekonomi sendiri dan tanggungan supaya dapat keluar dari belenggu kemiskinan keterbawahan.
  • IBU 5 yang berdaftar E-Kasih
  • IBU 7 bukan E-Kasih
  • Had pinjaman : RM 1,000.00 sehingga RM 20,000.00
  • Tempoh pinjaman : 1 sehingga 5 tahun

 

  1. Skim Pinjaman Amanjaya Belia Niaga
    • Perniagaan bagi golongan belia yang berkemahiran ataupun lepasan Universiti dan Vokasional yang di iktiraf.
    • Had pinjaman : RM 1,000.00 sehingga RM 20,000.00
    • Tempoh pinjaman : 1 sehingga 5 tahun

  1. Skim Pinjaman Kluster Ekonomi Keluarga Amanjaya
  • Perniagaan warisan keluarga ataupun hasil bahan mentah yang digunakan, dikeluarkan oleh keluarga sendiri di samping menambah nilai hasil keluaran (produk hiliran).
  • Had pinjaman : RM 1,000.00 sehingga RM 30,000.00
  • Tempoh pinjaman: 1 sehingga 10 tahun
 
 
PENERIMA PINJAMAN MIKRO KREDIT YBUDR

Komen-komen
Loading...