Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

SHOPPING ANAK ANGKAT MENTERI BESAR PERAK

Seramai 114 anak angkat Menteri Besar menerima sumbangan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sempena Hari Raya, tahun ini.

Daripada jumlah itu, 66 adalah kaum Melayu, Cina (21), India (12), Orang Asli (14) dan lain-lain (satu).

Program ini sudah memasuki tahun keempat penganjuran sejak ia diperkenalkan pada 2011.

Kita ihat mereka begitu ceria apabila menerima sumbangan yang dihulurkan oleh pihak penaja, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada anak angkat Menteri Besar di pasar raya Mydin di Meru Raya, dekat Ipoh, hari ini.

Turut hadir sama isterinya, Datin Seri Saripah Zulkipli, Pengerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), Datuk Saraani Mohamed dan pengasas yang juga merangkap pengerusi Mydin Mohamed Holdings Berhad, Mydin Mohamed.

Katanya lagi, beliau berasa bangga dengan pencapaian yang telah diperolehi oleh anak-anak angkatnya terutamanya dalam bidang pendidikan.

Saya berasa amat bangga melihat pencapaian anak-anak ini dalam bidang pelajaran dan ada di antara mereka berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti, kata beliau lagi.

Ujarnya, pemilihan anak angkat Menteri Besar dibuat berdasarkan beberapa faktor.

Pemilihan tersebut dibuat berdasarkan potensi mereka dalam pelajaran selain dilahirkan dalam keluarga yang miskin serta tidak berkemampuan.

Sebelum ini, kita lihat ada di kalangan mereka ini menghadapi masalah rendah diri, malu dan kemurungan tetapi berkat program YBUDR ini, masalah tersebut mampu diatasi, katanya.

Terdahulu, beliau telah menyampaikan sumbangan berupa baju raya, duit raya kepada anak-anak angkatnya.

Sebanyak RM220 diperuntukkan bagi setiap anak angkat untuk mereka membeli belah keperluan hari raya masing-masing.

Antara penaja sumbangan termasuklah YBU Holding Sdn Bhd, Menteri Besar Incorporated, pasar raya Mydin, Persatuan Pertanian dan Perternakan Perak, Jabatan Pendidikan Negeri dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia cawangan Perak.

Oleh Siti Norain Usop/Gambar Shahinaz Che Juari:-

SUMBER-PERAK TODAY

Oleh Siti Norain Usop/Gambar Shahinaz Che Juari:-

Komen-komen
Loading...