Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

KERAJAAN NEGERI PERAK SUMBANG 370 EKOR LEMBU UNTUK SAMBUTAN AIDILADHA

l

26/09/2014 — 370 Ekor Lembu Sumbangan Untuk Aidiladha:- Datuk Ismail Safian
Kerajaan Perak menyumbangkan sejumlah 170 ekor lembu untuk diagihkan kepada seluruh masyarakat beragama Islam sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif YBU, Datuk Ismail Safian berkata, sumbangan berkenaan disalurkan kepada Adun-Adun serta wakil-wakil agensi dan NGO sebelum diagihkan kepada rakyat.

“Dalam program sumbangan Korban untuk tahun 2014 ini adalah program bagi kali kelima semenjak MB mengambil tampuk kempimpinan.

“Pada tahun ini kita berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah RM1.1juta dan dengan jumlah itu kita berjaya mendapatkan sebanyak 170 ekor lembu untuk diagihkan kepada seluruh masyarakat yang ada di Perak.

“Dan hari ini kita menjemput Adun, wakil-wakil jabatan, NGO dan pelbagai agensi untuk menerima sumbangan tersebut bagi kawasan masing-masing.

“Insyallah mereka akan balik dan edarkan lembu ini kepada surau, masjid, NGO dan sebagainya untuk dilakukan majlis korban dalam tempoh yang ditetapkan.

Menurut Ismail, kerajaan negeri turut berharap selepas majlis ini pelbagai program ibadat dapat laksanakan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Katanya, bagi pihak Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, kerajaan negeri sangat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan.

Katanya, menerusi majlis itu seramai 53 penerima mewakili pelbagai agensi dan institusi menerima sumbangan berkenaan.

SUMBER – PERAK BN

Komen-komen
Loading...