Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

DUA WARGA MISKIN TERIMA BANTUAN RUMAH YBU

Dua Warga Miskin Terima Bantuan Rumah YBU 345r5rf65f6f6t7Dua keluarga miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang terharu apabila menerima bantuan rumah baru dan baik pulih rumah daripada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU).

Ahmad Sabri Abdul Rahim, 40, dari Kampung Batu 8, menerima rumah baru manakala Othman Pin, 70, dari Kampung Paya Dalam pula mendapat rumah baik pulih.

Ketua Eksekutif YBU, Datuk Ismail Saffian menyerahkan sendiri kunci rumah baru dan surat kelulusan baik pulih rumah kepada kedua-dua mereka di bawah program bantuan INFRA, hari ini.

Ismail berkata, bantuan ini adalah salah satu cara YBU dan kerajaan negeri turun padang untuk membantu rakyat, walaupun bukan di dalam kawasan Barisan Nasional (BN).

Isu membantu kemiskinan merentasi semua aspek, tidak kira kawasan, bangsa dan agama dan kita berharap kepada pemimpin dan masyarakat untuk menyalurkan maklumat supaya YBU dapat mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan itu.

Menurut Ismail, kos bantuan rumah baru yang diberi bernilai RM35,000 manakala bantuan baik pulih rumah bernilai RM30,000

Bagaimanpun, beliau memberi jaminan YBU hanya akan memberi bantuan kepada mereka yang benar-benar layak dan mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

Tidak semua yang memohon mendapat bantuan ini kerana terdapat beberapa syarat yang ditetapkan.

Bagaimanapun terdapat juga agensi lain seperti Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut sama membantu, tambahnya.

Keluarga Ahmad Sabri yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana mendapat rumah baru yang lebih selesa.

Saya bukanlah mampu untuk membeli sebuah rumah yang selesa sebegini, berkerja pun di kampung sahaja, tapi syukur, hasrat saya untuk selesakan anak-anak dan keluarga tercapai dengan bantuan YBU dan kerajaan negeri yang prihatin kepada rakyat, katanya.

Bagi Othman pula, dia telah menunggu selama lebih 10 tahun untuk mencari bantuan sebegini.

Alhamdulillah dengan bantuan YBU, saya mendapat bantuan ini kerana selepas 35 tahun menduduki rumah ini, memang tidak selesa, tetapi syukur kepada Allah, katanya.

SUMBER : PERAKNEWS.COM

Komen-komen
Loading...