Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

PELAJAR PERLU PERSIAPAN MENTAL HADAPI UPSR, SPM

Image

PELAJAR sekolah yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) bukan sahaja perlu bersedia dengan mengulang kaji pelajaran malahan turut memerlukan persiapan mental.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Rashidi Ibrahim berkata, persiapan itu amat perlu lebih-lebih lagi ketika menjelang peperiksaan.

“Semangat dan jati diri para pelajar perlu ˜ditiup’ agar segala ilmu yang diperolehi menerusi ulangkaji pelajaran itu dapat dicurahkan di atas kertas soalan peperiksaan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Motovasi UPSR dan SPM di Dewan Virgo Batik Resort, Teluk Batik, semalam.

Program berkenaan dianjurkan bersama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN).

Mengulas lanjut, Rashidi berkata, ada kalanya berlaku kejadian panik di kalangan pelajar sebaik sahaja melihat kertas soalan.

Menurutnya, sehubungan itu program motivasi seperti ini, sedikit sebanyak mampu mengembalikan semula keyakinan pelajar.

“Saya melihat, usaha pihak YBUDR dan JPN Perak ini dengan mengadakan program seumpama ini seharusnya dipuji kerana ia bertujuan membentuk sikap pelajar dan mengubah cara berfikir pelajar sekalian.

“Justeru, program ini diharap agar dapat membentuk peningkatan kemahiran dan semangat juang yang tinggi di kalangan pelajar,” katanya.

Berkonsepkan pendekatan ke setiap daerah selain mendekatkan diri dengan golongan sasar, ia juga merupakan salah satu cara meningkatkan kesedaran masyarakat setempat mengenai peranan dan tanggungjawab YBUDR.

Selain itu, program berkenaan juga antara usaha YBUDR dalam membasmi dan meningkatkan pengupayaan masyarakat di Negeri perak terutama di dalam pembangunan pendidikan serta pembangunan modal insan.

SUMBER:PERAKBN.COM.MY

Komen-komen
Loading...