Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

KEMAMPUAN SEBENAR YAYASAN BINA UPAYA FC AKAN DIUJI

ybu-fcMampukah Yayasan Bina Upaya ( YBU ) FC dari Ipoh memberi saingan kepada sembilan pasukan lain dalam Liga Piala FAM yang bermula pada bulan Februari nanti.

YBU FC menurunkan beberapa pemain Piala Presiden yang lalu dan pemain yang beraksi dalam liga tempatan seperti Liga Ipoh.

Tumpat FC, Kelantan dijangka menjadi pasukan pilihan dalam liga tersebut kerana memiliki ramai berpengalaman yang dilatih oleh Husin Deraman.

Dua bekas pemain Kelantan, Che Hishamuddin Hassan dan Sarudy Aziz serta beberapa bekas pemain Liga Perdana turut disenaraikan oleh Tumpat FC.

Husin merupakan jurulatih berpengalaman yang pernah mengendalikan bekas penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, Shakir Shaari dan Akmal Rizal Rakhli ketika bertugas sebagai pengajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Hanya Tumpat FC daripada sepuluh pasukan yang beraksi dalam Liga FAM yang menyenaraikan dua pemain import Brazil, Fernando de Abreu Ferreira dan Arthuro Henrique Bernhardt

Oleh itu, Tumpat FC akan menjadi pasukan pilihan dalam liga tersebut.

Selain itu, Kedah United yang diterajui oleh Mohamad Ramlee akan bertarung sengit dengan Tumpat FC dalam perburuan tangga pertama kelak.

Pasukan dari Kedah itu mendapat jolokan The Paddy Boys akan menurunkan ramai pemain yang beraksi dalam Piala Emas Raja-raja 2012.

Pasukan tersebut berjaya ke perlawanan akhir piala tersebut tetapi gagal mengenepikan cabaran pemain-pemain muda Perak.

Perak yang dibarisi oleh pemain-pemain Piala Presiden 2013 muncul juara setelah mengalahkan Kedah United 2 – 0.

Pulau Pinang FA akan diterajui oleh bekas pemain import, Merzagua Abdderrazak dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Pulau Mutiara tersebut.

Selain itu, Pulau Pinang akan menggunakan bekas pemain Liga Super, Danial Fazly Abdullah dan beberapa bekas pemain dari negeri lain.

Shahzan MUda FC dari Temerloh yang dilatih oleh jurulatih berpengalaman, Tajuddin Nor berazam memberi tentangan kepada pasukan lain.

Cebagoo FC dari Sabah yang dilatih oleh bekas pemain Sabah, Razali Mohd Zinin akan mencuba nasib dalam saingan liga tersebut.,

Pasukan-pasukan seperti Melaka FC dilatih oleh Mohd Asri Ninggal, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang ( PBAPP ) FC dilatih oleh Zabidi Hassan.

Tentera Darat FC yang dilatih oleh Abdul Kamal danKuantan FA pertama kali menyertai Liga FAM bagi tahun 2013.

SUMBER: PERAKNEWS

Komen-komen
Loading...