Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

KERAJAAN NEGERI SEDIA RM 10,000 UNTUK KELUARGA MISKIN

Peruntukan itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang akan disalurkan secara berperingkat.

Malah beliau turut menjadikan tiga anak wanita itu sebagai anak angkat, sekaligus membantu membiayai perbelanjaan sekolah mereka.

Beliau berkata, peruntukan itu diberi selepas kerajaan negeri menyedari kegigihan wanita terbabit dikenali Wong Kam Yoen, 59, yang sudah kematian suami sejak tiga tahun lalu untuk membesarkan tiga anaknya selain memastikan mereka tidak tercicir dalam pembelajaran.

“Saya sebelum ini sudah mengadakan lawatan di rumah wanita ini pada 26 Jun 2009 dan bersetuju memberi bantuan sebanyak RM5,000 bagi meringankan beban keluarga itu termasuk memastikan ketiga-tiga anak wanita itu dapat meneruskan persekolahan selepas dua daripada mereka terpaksa menamatkan persekolahan kerana ketiadaan wang.

“Justeru, lawatan saya kali ini untuk meninjau semula kehidupan mereka dan didapati mereka masih memerlukan bantuan daripada kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri bersetuju memberi peruntukan tambahan sebanyak RM10,000 yang disalurkan secara berperingkat bagi membantu keluarga berkenaan terutama selepas melihat kesungguhan serta kecemerlangan dua anaknya dalam pembelajarannya.

“Selain itu, saya juga mengambil ketiga-tiga mereka untuk dijadikan sebagai anak angkat dan membantu membiayai persekolahan mereka termasuk pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM60 sebulan setiap orang yang diuruskan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan,” katanya.

SUMBER: PERAKBN

Komen-komen
Loading...