Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

YAYASAN BINA UPAYA BAKAL BANTU MASALAH PENDAFTARAN MASYARAKAT INDIA DI PERAK

Pengurus Hubungan Satu Malaysia YBU, V. Elango berkata, 50 orang sukarelawan akan membantu kempen MyDaftar Nasional yang berlangsung dari 19 hingga 26 Februari.

“Sukarelawan YBU akan membantu mengenal pasti penduduk yang mempunyai masalah berhubung pendafaran dan pengenalan diri mereka sekitar Perak.

“Tumpuan dan fokus utama adalah di kalangan keluarga miskin di mana kita akan kenalpasti dan seterusnya membawa mereka ke Jabatan Pendaftaran Negara di daerah masing-masing,” katanya.

Menurutnya, YBU juga akan turut menanggung sepenuhnya segala perbelanjaan bagi urusan pendaftaran bagi setiap mereka yang terlibat dalam kempen tersebut.

“Sasaran YBU adalah untuk mengesan dan menyelesaikan kira-kira 500 individu yang mempunyai masalah berkaitan pendaftaran serta pengenalan diri di seluruh Perak,” katanya.

SUMBER : PerakBN

Komen-komen
Loading...