Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

MB PERAK BELANJA SAKAN BELI BAJU RAYA ANAK ANGKAT

MB dan Isteri

IPOH – 31 Ogos – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr.Zambry Abdul Kadir hari ini berbelanja sakan apabila membawa 103 anak angkatnya membeli pakaian raya di sebuah pasar raya di sini.

Kesemua kanak-kanak berkenaan adalah pelajar yang terpilih menyertai Program Anak Angkat Menteri perak yang dikendalikan Yayasan Bina Upaya (YBU).

Kegembiraan jelas terpancar di wajah semua kanak-kanak itu apabila diberi peluang memilih baju raya masing-masing oleh bapa angkat yang turut menemani mereka.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Pos Gedong, Bidor, Sulen Amamar, 11, sangat gembira kerana terpilih menyertai program itu tahun ini dan berharap akan mendapat peluang yang sama pada tahun-tahun akan datang.

“Saya sangat gembira dapat pakaian dan kasut baru sempena hari raya ini.

“Sebelum ini, saya tidak pernah dapat baju yang cantik seperti yang dibeli di sini. Bila balik rumah, saya akan tunjukkan baju baru kepada keluarga.

“Terima kasih kepada Menteri Besar kerana memberi pelluang kepada kami untuk membeli-belah di sini,”katanya.

Bagi Haziq Shukri Khairul Anuar, 11, dari Sekolah Kebangsaan Ayer Papan, Tanjung Tualang, peluang membeli-belah bersama Menteri Besar merupakan hadiah yang tidak ternilai harganya.

– BERNAMA

Komen-komen
Loading...