Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

Sukarelawan

Pengenalan Sukarelawan

Unit Hubungan Antarabangsa Dan Sukarelawan (UHAS)

Unit UHAS bertanggungjawab untuk membantu melancarkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan YBUDR melalui ke terlibatan sukarelawan.

Terdapat dua kumpulan sukarelawan yang telah ditubuhkan di bawah unit UHAS iaitu:

a) Skuad Ikon Bina Upaya (I.B.U)

Tujuan Penubuhan
Mewujudkan satu kumpulan berkaliber yang sentiasa bersedia untuk bersama-sama YBUDR di dalam program-program komuniti samada berbentuk kemasyarakatan atau bantuan bencana.

Matlamat
Di bawahtunjang “Pembangunan Masyarakat” dangagasan “Perak Amanjaya”, Skuad I.B.U ini bermatlamat untuk member kesedaran kepada masyarakat mengenai peranan yang boleh dimainkan dalam menggalakkan kesejahteraan hidup mereka yang memerlukan tanpa mengira perbezaan bangsa, budaya dan agama.

Penglibatan sukarelawan skuad I.B.U di dalam program-program anjuran YBUDR bukan sahaja dapat memupuk semangat sukarelawan dan keprihatinan terhadap golongan keterbawahan tetapi juga dapat membantu membina upaya masyarakat secara tidak langsung melalui perkongsian pengalaman, bantuan tenaga dan pertukaran maklumat.

Hala Tuju

  • Adalah menjadi hasrat YBUDR agar Skuad I.B.U menjadi “mata dan telinga” kepada YBUDR dalam membantu golongan keterbawahan.
  • Peranan yang dimainkan oleh Skuad I.B.U diiktiraf dan dihargai masyarakat sebagai satu kumpulan sukarelawan yang menjalankan tugasan dengan penuh rasa kemanusiaan dan integriti.
  • Skuad I.B.U turut berpeluang melebarkan tugasan kesukarelawan ke peringkat Antarabangsa

Skuad I.B.U ini mempunyai peranan yang sama dengan kebanyakan pergerakan atau persatuan sukarelawan yang lain Cuma penumpuan diberi kepada usaha membina upaya golongan keterbawahan khususnya di dalam negeri Perak Darul Ridzuan.

Ini dapat dilihat melalui penglibatan mereka di dalam program-program anjuran YBUDR yang member focus kepada isu-isu kemiskinan seperti bantuan baik-pulih rumah, bantuan makanan dan program-program pendidikan.

Sejarah
Penubuhan Skuad Sukarelawan Ikon Bina Upaya (I.B.U) telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak ketika Program Asas Sukarelawan diadakan di Pulau Pangkor pada 26hb November 2010 dengan catatan anggotanya seramai 80 orang. Seterusnya, pendaftaran sukarelawan telah diperluaskan dengan kemudahan pendaftaran secara atas talian.

Diawal penubuhannya, Skuad Sukarelawan I.B.U. telah melantik YB Keshminder Singh sebagai Duta Sukarelawan Skuad I.B.U pada bulan April 2010 sehinggalah 2012.

b) Skuad Sukarelawan Elit

Seramai 25 orang ahli Sukarelawan telah dipilih untuk menganggotai Skuad Sukarelawan Elit dan perasmian penubuhannya telah disempurnakan pada 29 Januari 2012 oleh YAB Menteri Besar Perak.

Matlamat
Bertindak sebagai Skuad Bencana Alam (Skuad Amal & Prihatin) dan setiap ahli yang terpilih telah diberi peluang untuk menghadiri kursus MERCY INDUCTION TRAINING di Kuala Lumpur sebagai persediaan menghadapi bencana alam.

Sejak ditubuhkan, Skuad Sukarelawan Elit ini telah banyak menggemblengkan tenaga dalam membantu masyarakat yang menghadapi bencana alam seperti misi menyelamat di tragedi Kuala Dipang dan tsunami di Acheh dan Kuala Muda Kedah,ekspedisi bantuan makanan kepada orang asli di Lembah Belum,Gerik, serta bantuan kepada mangsa banjir di Lawin,Manjoi dan Kampar.

Moto Baru Skuad Elit
Bermula tahun 2014, Skuad Sukarelawan Elit telah diberi suntikan moto baru sebagai pemangkin semangat kesukarelawan yang lebih berkualiti iaitu

*BERSATU*BERBAKTI*BERINTEGRITI*

yang memberi maksud, “Bersama kita Bersatu untuk Berbakti kepada Masyarakat Dengan penuh Berintegriti.”

LOGO SKUAD SUKARELAWAN

Logo ini telah mula digunakan secara rasmi ketika Program ‘Back To School’ anjuran YBUDR dan BAIDURI pada tahun 2013.

  • Skuad IBU
  • Skuad Elit

Berita Sukarelawan

Tukar Saiz Font
Kontras Warna