Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

YBU Kiosk Amanjaya

Definisi

Bantuan asset perniagaan bagi mempertingkatkan perniagaan sediada (promosi) agar lebih berdaya maju dan kompetatif.

Skop Pembiayaan

  • Menggantikan kiosk yang lama dan uzur.
  • Berkonsepkan barangan (kiosk) pasang siap bukan wang tunai.

Sasaran (Golongan Keterbawahan)

  • Golongan Belia yang berniaga
  • Penjaja-penjaja kecil yang tiada premis perniagaan (contoh kedai makan/restoran)

Syarat Asas Kelayakan

  • Telah menjalankan perniagaan melebihi 6 bulan.
  • Umur pemohon antara 18 hingga 59 tahun sahaja.
  • Perniagaan yang dijalankan di dalam negeri Perak sahaja.
  • Lokasi perniagaan yang sah dan mendapat kebenaran – Majlis Daerah / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Jenis barangan jualan yang sah dan berdaya maju.
  • Warganegara dan bermastautin dalam Negeri Perak sahaja.
  • Bukan untuk membuka cawangan tambahan dan disewa.
  • Kad suntikan (penyediaan makanan)
  • Pemilikan premis perniagaan yang tetap adalah bukan keutamaan (Restoran/ Kedai Makan/ Gerai Makan).

Jenis Perniagaan

  • Makanan
  • Peruncitan
  • Perkhidmatan

Golongan Sasaran

  • Kumpulan Keterbawahan
    • Miskin
    • Mudah miskin
    • Miskin Tegar
  • Usahawan Kecil

Makluman Permohonan YBU Kiosk Amanjaya

  1. Mengisi borang yang disediakan secara percuma dengan lengkap yang telah disahkan dan jua sertakan bersama sama dokumen yang telah disenaraikan di dalam borang tersebut.
  2. Sebarang keputusan permohonan adalah dimaklumkan dalam jangkamasa 25 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap diisi.
  3. Sebarang kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada panel Ahli Jawatankuasa Kelulusan Permohonan (JKP).
  4. Borang yang lengkap diisi boleh dihantar sendiri atau melalui pos ke alamat
    Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
    Aras D-2-1, Greentown Square,
    Jalan Dato’ Seri Ahmad Said,
    30450, Ipoh, Perak Darul Ridzuan (U/P : Unit Penilaian Kredit)
  5. PENTING !
    YBU tidak melantik mana mana agen bagi mengenakan yuran pemprosesan permohonan.
Tukar Saiz Font
Kontras Warna