Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

Pinjaman Perumahan – Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA)

Peranan

Skim Rumah Insan Amanjaya atau SRIA ini di wujudkan bertujuan bagi memastikan masyarakat keterbawahan dapat menikmati faedah hasil dari inisiatif Menteri Besar Perak Y.A.B. Dato’ Seri Di Raja Dr. Zambry Abd Kadir dan Kerajaan Negeri. Skim ini juga bertujuan agar keperluan rakyat dapat dipenuhi dengan adil dan seimbang.

Syarat Asas Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia dan berkahwin
  2. Berumur diantara 25 tahun hingga 45 tahun dan menetap di dalam negeri Perak
  3. Pendapatan isi rumah diantara RM 1,500 sehingga RM 4,000
  4. Keutamaan kepada bukan kakitangan tetap kerajaan
  5. Status tanah kediaman adalah secara sendiri, kongsi atau Kebenaran menduduki dari kesemua penama
  6. Belum pernah menerima apa-apa bantuan perumahan dari agensi lain
  7. Bersetuju untuk membuat “Kaveat” (sekatan) sepanjang tempoh pinjaman
  8. Permohonan untuk rumah pertama bukan tujuan perniagaan  (rumah sewa)

Borang SRIA

Klik untuk muat turun borang

Jenis Rekabentuk

  1. AMAN RM 52,200 (20’ x 40’)
  2. DAMAI, RM 62,200 (20’ X 40’) + Porch (10’ x 14’)
  3. PERMAI, RM 62,200 (20’ X 40’) + Porch (10’ x 14’)

 

MAKLUMAN PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN SRIA

  1. Mengisi borang yang disediakan secara percuma dengan lengkap yang telah disahkan dan jua sertakan bersama sama dokumen yang telah disenaraikan di dalam borang tersebut.
  2. Sebarang keputusan permohonan adalah dimaklumkan dalam jangkamasa 25 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap diisi.
  3. Sebarang kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada panel Ahli Jawatankuasa Kelulusan Permohonan (JKP).
  4. Borang yang lengkap diisi boleh dihantar sendiri atau melalui pos ke alamat
    Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
    Aras D-2-1, Greentown Square,
    Jalan Dato’ Seri Ahmad Said,
    30450, Ipoh, Perak Darul Ridzuan (U/P : Unit Penilaian Kredit)
  5. PENTING !
    YBU tidak melantik mana mana agen bagi mengenakan yuran pemprosesan permohonan.
Tukar Saiz Font
Kontras Warna