Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

Bantuan Perumahan Ibu (Bina Baru & Baikpulih)

Latar Belakang Program

Membinaupaya semula kumpulan golongan keterbawahan dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira batasan agama, kaum dan latarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan asas yang berkualiti dan seterusnya dapat membasmi kemiskinan secara lebih bersungguh dan sistematik selaras dengan gagasan 1Malaysia dan Perak Amanjaya.

Syarat Asas Kelayakan

  1. Golongan E-Kasih / Berkelayakan
  2. Warganegara Malaysia dan berkahwin
  3. Berumur antara 45 tahun ke atas dan menetap di dalam negeri Perak
  4. Status tanah kediaman adalah secara sendiri/ Kebenaran menduduki dari kesemua penama (bagi Bina Baru)
  5. Status pemilikan rumah sendiri (bagi Baik Pulih)
  6. Belum pernah menerima apa-apa bantuan perumahan dari agensi lain

Skop Bantuan Perumahan IBU

Gambar Baik Pulih

Gambar Bina Baru

Borang Infra Bina Upaya (IBU)

Klik untuk muat turun borang

Makluman Permohonan Infra Bina Baru / Baik Pulih

  1. Mengisi borang yang disediakan secara percuma dengan lengkap yang telah disahkan dan jua sertakan bersama sama dokumen yang telah disenaraikan di dalam borang tersebut.
  2. Sebarang keputusan permohonan adalah dimaklumkan dalam jangkamasa 25 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap diisi.
  3. Sebarang kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada panel Ahli Jawatankuasa Kelulusan Permohonan (JKP).
  4. Borang yang lengkap diisi boleh dihantar sendiri atau melalui pos ke alamat
    Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
    Aras D-2-1, Greentown Square,
    Jalan Dato’ Seri Ahmad Said,
    30450, Ipoh, Perak Darul Ridzuan (U/P : Unit Penilaian Kredit)
  5. PENTING !
    YBU tidak melantik mana mana agen bagi mengenakan yuran pemprosesan permohonan.
Tukar Saiz Font
Kontras Warna