Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

YBU Kiosk Amanjaya

Latar Belakang Program

  • Program YBU Kiosk Amanjaya ini dilaksanakan sejajar dengan kesinambungan program yang telah dilaksanakan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) melalui Pejabat Daerah.
  • Program ini diambil alih oleh YBUDR dan dimulakan pada tahun 2014 bagi menampah daya tarikan dan pemasaran perniagaan.
  • Status bantuan ini adalah berbentuk “geran”.

Definisi

Bantuan aset perniagaan bagi mempertingkatkan perniagaan sediada agar lebih berdaya maju dan kompetatif.

Keterangan

  • Penyediaan kiosk yang dibina siap serba moden untuk peniaga kecil bagi tujuan perniagaan.
  • Ianya dinamakan “YBU KIOSK AMANJAYA”
  • Produk ini berbentuk gerai kereta sorong.

Peranan YBUDR Dalam Membentuk Usahawan Berjaya

  • Memberi peluang kepada usahawan untuk berniaga dari aspek pemasaran barangan-barangan secara terbuka.
  • Transformasi dan penambahbaikan perniagaan kiosk sedia ada yang di ceburi.
  • Menambahkan hasil pendapatan dalam perniagaan.
  • Mempertingkatkan pendapatan yang lebih lestari.
  • Memperkasakan serta menambah nilai dan kualiti hasil perniagaan.
  • Menjadi ikon usahawan contoh selaras dengan mempelbagaikan perniagaan.
  • Mencipta keyakinan dan kesungguhan dalam perniagaan berkonsepkan kiosk.

Skop Pembiayaan

  • Mengantikan kiosk yang lama dan uzur.
  • Pembekalan unit siap kiosk bersama kelengkapan.
  • Berkonsepkan barangan bukan wang tunai.

Sasaran

  • Golongan Belia yang berniaga
  • Penjaja-penjaja kecil

Syarat Asas Kelayakan

  • Sedang atau telah menjalankan perniagaan melebihi 6 bulan.
  • Umur pemohon antara 18 hingga 59 tahun sahaja.
  • Perniagaan yang dijalankan di dalam negeri Perak sahaja.
  • Lokasi perniagaan yang sah dan mendapat kebenaran (Lesen Niaga, Kelulusan PBT).
  • Jenis barangan perniagaan yang sah dengan hukum syarak.
  • Hakmilik perniagaan persendirian (bukan perkongsian)
  • Warganegara dan bermastautin dalam Negeri Perak sahaja.
  • Bukan untuk membuka cawangan dan disewa.
  • Kad suntikan (penyediaan makanan).

Jenis Perniagaan

  • Makanan
  • Peruncitan
  • Perkhidmatan

Golongan Sasaran

  • Kumpulan Keterbawahan
  • Miskin
  • Mudah miskin
  • Miskin Tegar
  • Usahawan Kecil

Keterangan

  1. Mengisi borang yang disediakan secara percuma dengan lengkap yang telah disahkan dan jua sertakan bersama sama salinan kad pengenalan.
  2. Sebarang keputusan permohonan adalah dimaklumkan dalam jangkamasa 25 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap diisi.
  3. Borang yang lengkap diisi boleh dihantar sendiri atau melalui pos ke alamat
    Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
    Aras D-2-1, Greentown Square,
    Jalan Dato’ Seri Ahmad Said,
    30450, Ipoh, Perak Darul Ridzuan (U/P : Jabatan Penilaian Kredit)
Tukar Saiz Font
Kontras Warna