Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

Skim Pinjaman Mikro

Pengenalan

  • Sebuah Skim Pinjaman Mikro dengan menyalurkan pinjaman serta mengenalpasti Mata Pencarian Lestari (MPL) kepada golongan sasaran bagi mengubah taraf hidup kepada tahap yang lebih baik.
  • Program ini menggunakan pendekatan “Blue Ocean Strategy” (Strategi Lautan Biru) dimana pinjaman yang diberikan tiada pertindihan dengan agensi pembiayaan yang lain.
  • Menyediakan kursus bimbingan keusahawaan dan jaringan perniagaan.

Objektif

  • Mewujudkan mekanisme bagi meningkatkan pendapatan.
  • Memberi peluang dan mencipta pendapatan yang lestari kepada usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan
  • Melahirkan golongan yang berpengetahuan dalam bidang keusahawanan.
  • Menyalurkan bimbingan keusahawaan dan juga sebagai jaringan perniagaan.
  • Mewujudkan jaringan perniagaan.
  • Mengurangkan jurang kemiskinan antara penduduk Negeri Perak.

Syarat Asas Kelayakan

  • Berumur antara 18 hingga 59 tahun
  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia
  • Pemohon dan pasangan bukanlah seorang kakitangan kerajaan / badan berkanun / syarikat GLC / Berhad
  • Menjalankan perniagaan di dalam negeri Perak & telah berniaga lebih dari 6 bulan
  • Menjalankan perniagaan pemilikan tunggal
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah berlandaskan syariah
  • Pemohon & pasangan tidak menerima pinjaman daripada agensi lain
  • Transaksi perniagaan yang dijalankan adalah tunai / kredit tidak melebihi 1 bulan sahaja

Perniagaan Di Luar Skop Pembiayaan

  • Pertanian (baka ternakan / benih tanaman)
  • Urusniaga berkonsep MLM (Multi Level Marketing – tiada stok).
  • Urusniaga berbentuk pelaburan atau saham atau skim cepat kaya
  • Pembelian kenderaan komersial ( teksi / lori / bas / van)
  • Perniagaan bermusim dan perayaan

(Contoh : Pasar Ramadhan, pertanian bermusim, tanaman kontan dan ladang komoditi seperti penanaman padi, getah, sawit, koko, dan lain-lain).

  • Perniagaan yang dilarang dijalankan dan menyalahi undang-undang kerajaan Malaysia (Dadah / Daun Ketum / ubatan terlarang / bahan letupan / perdagangan manusia)
  • Perniagaan yang bertentangan dengan hukum syariah (pengubahan wang haram / ceti)

Borang Pinjaman Mikro Kredit/Kiosk

Klik untuk muat turun borang

Makluman Permohonan Skim Pinjaman Mikro YBUDR

  • Mengisi borang yang disediakan secara percuma dengan lengkap yang telah disahkan dan jua sertakan bersama sama dokumen yang telah disenaraikan di dalam borang tersebut.
  • Sebarang keputusan permohonan adalah dimaklumkan dalam jangkamasa 25 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap diisi.
  • Sebarang kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada panel Ahli Jawatankuasa Kelulusan Permohonan (JKP).
  • Pecahan pinjaman merangkumi amaun pinjaman, caj pengurusan (2% E-Kasih, 4% Bukan E-Kasih), perlindungan insuran pinjaman, khairat kematian sehingga RM 6,000 dan pembangunan usahawan.
  • Borang yang lengkap diisi boleh dihantar sendiri atau melalui pos ke alamat

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan

Aras D-2-1, Greentown Square,

Jalan Dato’ Seri Ahmad Said,

30450, Ipoh, Perak Darul Ridzuan (U/P : Unit Penilaian Kredit)

  • PENTING !

YBU tidak melantik mana mana agen bagi mengenakan yuran pemprosesan pinjaman.

Tukar Saiz Font
Kontras Warna