Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

Pinjaman Perumahan – Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA)

Peranan

Skim Rumah Insan Amanjaya atau SRIA ini di wujudkan bertujuan bagi memastikan masyarakat keterbawahan dapat menikmati faedah hasil dari inisiatif Menteri Besar Perak Y.A.B. Dato’ Seri Di Raja Dr. Zambry Abd Kadir dan Kerajaan Negeri. Skim ini juga bertujuan agar keperluan rakyat dapat dipenuhi dengan adil dan seimbang.

Objektif

  1. Memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati faedah yang diperoleh daripada inisiatif pembangunan dan keperluan mereka dapat dipenuhi dengan adil dan seimbang
  2. Mewujudkan kehidupan keluarga yang lebih harmoni

Syarat Asas Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia dan berkahwin
  2. Berumur diantara 25 tahun hingga 45 tahun dan menetap di dalam negeri Perak
  3. Permohonan untuk rumah pertama
  4. Pemohon atau pasangan bukan kakitangan Kerajaan
  5. Pendapatan isi rumah diantara RM 1,500 sehingga RM 3,500
  6. Status tanah kediaman adalah secara sendiri / Kebenaran menduduki dari kesemua penama
  7. Belum pernah menerima apa-apa bantuan perumahan dari agensi lain
  8. Bersetuju untuk membuat “Kaveat” (sekatan) sepanjang tempoh pinjaman
  9. Bukan untuk tujuan perniagaan rumah sewa

Borang SRIA

Klik untuk muat turun borang

Contoh Reka Bentuk Rumah SRIA

  1. AMAN RM 52,200 (20’ x 40’)

 

2. DAMAI, RM 62,200 (20’ X 40’) + Porch (10’ x 14’)

 

 

3. PERMAI, RM 62,200 (20’ X 40’) + Porch (10’ x 14’)

 

Contoh Rumah SRIA DAMAI Yang Sudah Siap Dibina

Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang

Pandangan Dari Sisi Kanan

Pandangan Dari Sisi Kiri

Tukar Saiz Font
Kontras Warna