Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

Bantuan Perumahan Ibu (Bina Baru & Baikpulih)

Latar Belakang Program

Membinaupaya semula kumpulan golongan keterbawahan dengan mewujudkan rumah mampu milik yang lebih selesa sebagai tempat tinggal tanpa mengira batasan agama, kaum dan latarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dan menikmati kehidupan asas yang berkualiti dan seterusnya dapat membasmi kemiskinan secara lebih bersungguh dan sistematik selaras dengan gagasan 1Malaysia dan Perak Amanjaya.

Objektif

  1. Memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati faedah yang diperoleh daripada inisiatif pembangunan dan keperluan mereka dapat dipenuhi dengan adil dan seimbang.
  2. Mewujudkan kehidupan keluarga yang lebih harmoni.

Syarat Asas Kelayakan

  1. Golongan E-Kasih / Berkelayakan
  2. Warganegara Malaysia dan berkahwin
  3. Berumur antara 45 tahun ke atas dan menetap di dalam negeri Perak
  4. Status tanah kediaman adalah secara sendiri/ Kebenaran menduduki dari kesemua penama (bagi Bina Baru)
  5. Status pemilikan rumah sendiri (bagi Baik Pulih)
  6. Belum pernah menerima apa-apa bantuan perumahan dari agensi lain

Skop Bantuan Perumahan IBU

skop bantuan IBU

 

Borang Infra Bina Upaya (IBU)

Klik untuk muat turun borang

Baik Pulih

  • Penerangan

Skim Infra Baik Pulih dihulurkan bagi kes seperti kerosakan akibat bencana alam dan lain-lain.

Bina Baru

  • Penerangan

Skim Infra Bina Baru ini khusus kepada golongan keterbawahan yang mempunyai rumah yang usang/daif atau rumah yang tidak selamat untuk diduduki dimana. Terdapat  tiga kategori dalam pembinaan rumah baru iaitu:

  • Pembinaan rumah baru 3 bilik (saiz 20’ x 32’)
  • Pembinaan rumah baru 2 bilik (saiz 20’ x 22’)
  • Pembinaan rumah baru 1 bilik (saiz 20’ x 17’)
Tukar Saiz Font
Kontras Warna