Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

Skuad Elit

Seramai 25 orang ahli Sukarelawan telah dipilih untuk menganggotai Skuad Sukarelawan Elit dan perasmian penubuhannya telah disempurnakan pada 29 Januari 2012 oleh YAB Menteri Besar Perak.

Matlamat

Bertindak sebagai Skuad Bencana Alam (Skuad Amal & Prihatin) dan setiap ahli yang terpilih telah diberi peluang untuk menghadiri kursus MERCY INDUCTION TRAINING di Kuala Lumpur sebagai persediaan menghadapi bencana alam.

Sejak ditubuhkan, Skuad Sukarelawan Elit ini telah banyak menggemblengkan tenaga dalam membantu masyarakat yang menghadapi bencana alam seperti misi menyelamat di tragedi Kuala Dipang dan tsunami di Acheh dan Kuala Muda Kedah,ekspedisi bantuan makanan kepada orang asli di Lembah Belum,Gerik, serta bantuan kepada mangsa banjir di Lawin,Manjoi dan Kampar.

Moto Baru Skuad Elit

Bermula tahun 2014, Skuad Sukarelawan ELit telah diberi suntikan motto baru sebagai pemangkin semangat kesukarelawan yang lebih berkualiti iaitu

*BERSATU*BERBAKTI*BERINTEGRITI*

Yang memberi maksud
“Bersama kita Bersatu untuk Berbakti kepada Masyarakat Dengan penuh Berintegriti.”

Logo Skuad Sukarelawan

Logo ini telah mula digunakan secara rasmi ketika Program ‘Back To School’ anjuran YBUDR dan BAIDURI pada tahun 2013.

Tukar Saiz Font
Kontras Warna