Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

Anak Angkat Menteri Besar (AAMB)

Projek ini dimulakan sejak tahun 2011 dan merupakan satu pendekatan Menteri Besar Perak melalui YBUDR untuk membantu pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai potensi yang cemerlang di dalam pelajaran untuk dijadikan Anak Angkat Menteri Besar. Pendekatan program ini adalah dengan menyalurkan bantuan elaun bulanan seperti yang ditetapkan mengikut tahap pendidikan serta pelajar berpeluang mengikuti program-program motivasi dan kepimpinan. Projek ini dirintis dengan tujuan dapat meringankan beban tanggungan ibu bapa dan menarik minat pelajar untuk terus berjaya walaupun berada didalam kelompok kemiskinan.

Tukar Saiz Font
Kontras Warna