Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

Jabatan Pembangunan Masyarakat

Latar Belakang Jabatan Pembangunan Masyarakat & Komunikasi

Jabatan Pembangunan Masyarakat & Komunikasi (JPMK) merupakan sebuah jabatan yang diwujudkan bagi mengubah dan mentransformasi minda masyarakat keterbawahan dalam mengejar arus pembangunan di negeri Perak. Hal ini bertujuan memberi pendedahan dan menambahbaik kehidupan mereka serta mengeluarkan kumpulan tersebut dari kepompong kemiskinan. Jabatan Pembangunan Masyarakat & Komunikasi (JPMK) memberi perhatian khas kepada hal ehwal media (cetak, elektronik dan media baru), publisiti, promosi, penjenamaan imej YBUDR, membantu penjanaan dana dan lain-lain aktiviti yang boleh memberi impak naik kepada YBUDR.

Visi

Jentera perhubungan korporat dan awam yang professional.

Objektif

Mengekalkan dan mengukuhkan imej korporat kepada organisasi ke tahap tertinggi melalui pendekatan komunikasi yang strategik.

Bidang Tugas / Fungsi

  • Sebagai “focal point” Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dalam penyampaian dan pengeluaran maklumat di peringkat organisasi, negeri, nasional dan global.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti peningkatan imej korporat YBUDR.
  • Merancang dan melaksanakan pelan komunikasi/ promosi/ publisiti/ program serta pencapaian YBUDR.
  • Merancang dan melaksanakan kajian impak ke atas keberkesanan sistem penyampaian YBUDR.
  • Merancang dan menguruskan penerbitan video korporat YBUDR, Laporan Tahunan serta lain-lain bentuk
    penerbitan bagi tujuan mempromosikan YBUDR.
  • Menyelaras lawatan rasmi organisasi dan agensi luar ke YBUDR.
  • Mengurus pengeluaran, penerbitan dan pengedaran kenyataan akhbar, siaran media dan nota kepada editor.
  • Mengurus dan mengendalikan taklimat mengenai fungsi dan peranan YBUDR.
  • Menyediakan bahan atau maklumat untuk pengisian portal/ laman web YBUDR.
  • Mengurus penyimpanan arkib foto, video dan liputan media berkaitan YBUDR.
  • Mengurus dan memantau isu berkaitan YBUDR serta meyelaras semua aduan yang diterima dari pelanggan.
  • Menyelia dan meyelaras jawapan mengenai aduan dan mengesyorkan tindakan yang perlu diambil kepada Pengurusan Utama YBUDR.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan kajian kepuasan pelanggan.
  • Mengesyorkan pandangan dan cadangan kepada YBUDR demi menaikkan lagi imej YBUDR.
  • Memberi tumpuan jangka panjang kepada transformasi minda masyarakat keterbawahan.
  • Menggarap transformasi minda yang diharapkan dengan pendekatan yang lebih praktikal.
  • Menggalakkan golongan miskin meneroka potensi diri masing-masing supaya dapat mengenalpasti kekuatan diri.
  • Membawa arus perubahan minda golongan keterbawahan lantas keluar dari kepompong kemiskinan.

Objektif

Objektif Bidang Tugas

Menggerak dan menghidupkan fungsi Unit Komunikasi Korporat YBUDR. Memenuhi hasrat dan harapan Kerajaan Negeri agar YBUDR menjadi organisasi disegani melalui strategi komunikasi korporat.

Tukar Saiz Font
Kontras Warna