Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

Piagam Pelanggan

Pejabat Ketua Eksekutif dipertanggungjawabkan mentadbir agensi dengan cekap dan berkesan dengan memberikan tumpuan dan keutamaan khususnya aspek berikut;

  • Menyedia dan mempamerkan Visi, Misi, Objektif, Fungsi, Slogan, Piagam Pelanggan dan carta organisasi peringkat Jabatan, Bahagian, Cawangan dan seterusnya sehingga ke peringkat struktur organisasi yang lebih rendah, mengikut kesesuaian;
  • Memastikan semua pagawai memahami Visi, Misi, Objektif, Fungsi, Slogan, Piagam Pelanggan, Jabatan dan tanggungjawab pegawai terutama kepada mereka yang baru ditempatkan di jabatan itu;
  • Memaklumkan kepada semua pegawai megenai kepentingan pematuhan kepada peratutan-peraturan berkaitan dengan sumber manusia, pengurusan sumber manusia (seperti urusan perkhidmatan, tatatertib dan kemajuan kerjaya);
  • Mengutamakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalam pengurusan pejabat;
  • Menggalakkan perhubungan yang sihat diantara pegawai dan menyediakan suasana bekerja yang harmoni;
  • Menggunakan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia;
  • Menyediakan dan melaksanakan program yang berkualiti untuk jabatan;
  • Mewujudkan dan memperkukuhkan mekanisma kerjasama antara sector awam dan swasta;

Jabatan Pengurusan bertanggungjawab mengurus sumber manusia dan Hal Ehwal Korporat YBUDR. Menyelenggara 3 unit iaitu Unit Sumber Manusia, Unit Pentadbiran dan Unit Hal Ehwal Korporat, perhatian khusus Jabatan Pengurusan ialah memastikan pengurusan pentadbiran pejabat dan sumber manusianya berada ditahap teratas.

  • Pengurusan
    • Perancangan
      Merancang dan mengumpul maklumat tertentu berkaitan produk, pesaing, pasaran buruh dan sebagainya.
    • Pengorganisasian
      Melibatkan matlamat, gabungan kakitangan dan tugasan serta pengstrukturan.
    • Kepimpinan
      Memandu arah kakitangan bawahan bagi bertindak mengikut pelan tindakan seperti piagam, dasar kerja organisasi, tatacara dan deskripsi tugasan.
    • Kawalan
      Mengawal selia dan pemantauan prestasi kakitangan berdasarkan matlamat organisasi.
  • Operasi
    • Rekrut Dan Pemilihan
      Membantu organisasi bagi mendapatkan kakitangan yang berkualiti dan bermutu.
    • Latihan Dan Pembangunan
      Menyediakan latihan kepada kakitangan demi pembangunan diri dan organisasi.
    • Pampasan Dan Faedah
      Memelihara kebajikan kakitangan dari segi pemberian insentif, insurans dan sebagainya sebagai balasan perkhidmatan terhadap organisasi.
    • Kesihatan Dan Keselamatan
      Menitikberatkan soal kesihatan dan keselamatan kakitangan semasa berada di premis, tugasan luar, dan sepanjang berkhidmat dengan organisasi.
    • Hubungan Pekerja
      Membuat jalinan perhubungan antara majikan dengan kakitangan dan kakitangan dengan kakitangan bagi mengeratkan silatulrahim dan mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan kondusif.
    • Lain-Lain
      Lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  • Mengurus dan melaksanakan operasi harian berkaitan kebajikan kakitangan, penyelenggaraan aset dan kenderaan.
  • Bertanggungjawab terhadap kebersihan, keceriaan dan kawalan keselamatan kakitangan dan premis organisasi.
  • Bekerjasama dengan Unit Sumber Manusia berhubung hal ehwal kakitangan.
  • Merekod dan mendokumentasi hal-hal berkaitan.
  • Lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  • Menyelaras dan menyediakan maklum balas Jemaah Menteri bagi kategori segera/mingguan/bulanan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Bahagian cabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
  • Menyediakan ulasan Memorandum dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh arahan diterima tertakluk kepada penerimaan input yang lengkap daripada pihak pengurusan.
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan keputusan pihak pengurusan yang melibatkan YBUDR.
  • Menyelaras maklum balas mesyuarat-mesyuarat utama yang dihadiri oleh Anggota pentadbiran Pengurusan Tertinggi YBUDR:
    • Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah
    • Mesyuarat Focus Individual Countdown (FIC) Peringkat Daerah
    • Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri
    • Lain-lain mesyuarat
  • Urusetia mesyuarat-mesyuarat utama YBUDR:
    • Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah
    • Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
  • Merancang, menyelaras dan memantau segala aktiviti, program dan maklum balas hal ehwal antarabangsa.
  • Menyelaras dan menerbitkan data/perangkaan YBUDR secara berkala dan tahunan.
  • Menyelaras lawatan kerja Anggota pentadbiran dan Pengurusan Tertinggi YBUDR ke luar negara.
  • Menyelaras laporan data maklumat kumpulan sasar dan laporan prestasi organisasi YBUDR.
  • Mewakili Mesyuarat Persidangan ADUN bagi penyediaan jawapan.
  • Lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

UTM diwujudkan untuk memberi sokongan teknikal ICT dan aplikasi kepada jabatan-jabatan yang terdapat di YBUDR bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan ICT dapat digunakan dalam membantu jabatan menjalankan fungsi-fungsinya dengan cepat dan berkesan.

Urusan kerja yang dilaksanakan oleh UTM adalah merangkumi pentadbiran dan pengurusan komunikasi ICT, pentadbiran bilik server, pemantauan, pelaksanaan infrastruktur rangkaian, pembangunan serta penyelenggaraan sistem, aplikasi ICT di YBUDR dan hal-hal yang berkaitan dengan ICT.

Bidang pengurusan UTM pula telah dibahagikan kepada tiga teras utama iaitu :

  • Pentadbiran dan Multimedia
  • Sistem dan Data
  • Teknikal dan Rangkaian

Visi

Membudayakan penggunaan ICT dalam pentadbiran dan perkhidmatan menerusi teknologi terkini secara lebih cekap dan berkesan.

Misi

Menyediakan perkhidmatan ICT berkualiti tinggi yang inovatif dan responsif.

Objektif

  1. Mewujudkan program pembangunan infrastruktur dan rangkaian sistem aplikasi komputer (ICT) di dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penyediaan perkhidmatan jabatan.
  2. Menentukan kredibiliti ICT berdasarkan tahap keselamatan yang terjamin.
  3. Membantu jabatan-jabatan dengan penyediaan sistem aplikasi bagi memudahkan aktiviti berkaitan YBUDR.

JABATAN TRANSFORMASI MINDA [J.T.M.] diwujudkan untuk mengubah dan mentransformasi minda masyarakat keterbawahan dalam mengejar arus pembangunan di negeri Perak dengan harapan memberi pendedahan dan menambahbaik kehidupan mereka serta mengeluarkan kumpulan sasaran dari kemiskinan minda.

Tiga Teras Utama JTM

  1. Unit Latihan Dan Kolaborasi (ULDK)
    • Latihan & kemahiran golongan sasaran
    • Skim latihan automotif amanjaya
      [SLAA]
    • Projek Anak Angkat YAB Menteri Besar Perak [AAMB]
  2. Unit Penghasilan Dana Korporat (UPDK)
  3. Unit Hubungan Antarabangsa Dan Sukarelawan (UHAS)

Objektif JTM

  • Memberi tumpuan jangka panjang kepada transformasi minda masyarakat keterbawahan
  • Menggarap transformasi minda yang diharapkan dengan pendekatan yang lebih praktikal
  • Menggalakkan golongan keterbawahan meneroka potensi diri masing-masing supaya dapat mengenalpasti kekuatan diri
  • Membawa arus perubahan minda golongan keterbawahan lantas keluar dari kepompong kemiskinan

Pengenalan

Kedai Bergerak 1 Amanjaya atau ringkasnya KB1AJ merupakan sebuah projek komuniti bagi membantu rakyat di pedalaman dan luar bandar untuk mendapatkan barang keperluan asas pada harga yang lebih rendah dan berpatutan.

Cetusan Idea

Projek yang dicetuskan oleh Y.A.B Dato Seri DiRaja Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Besar Perak ini merupakan kesinambungan idea konsep Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) yang diilhamkan oleh Y.A.B Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Bagi memastikan manfaat KR1M turut dinikmati oleh penduduk negeri Perak yang tinggal di luar bandar, maka KB1AJ telah diperkenalkan bagi membolehkan barang keperluan asas tersebut diedarkan secara bergerak serta melangkau keadaan geografi negeri yang luas.

Sasaran Lokasi

Tapak yang dikenalpasti bagi KB1AJ ialah kawasan pasar malam, pasar pagi, pasar tani, padang, perkarangan masjid, dewan orang ramai dan tapak-tapak lain yang akan dikenalpasti dari masa ke semasa. Setakat ini, KB1AJ telah bergerak ke 31 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh kawasan pedalaman Perak dengan kekerapan sebanyak 1 atau 2 kali bagi setiap Dun.

Objektif

  • Mengurangkan bebanan perbelanjaan bulanan golongan sasar.
  • Memberi peluang kepada penduduk yang jauh daripada kemudahan KR1M mendapat pilihan membeli barang keperluan asas pada harga rendah.

Visi

Manfaat KB1AJ dapat sampai atau dinikmati sepenuhnya oleh golongan sasar yang terdiri daripada golongan miskin, mudah miskin dan miskin bandar.

Motto

Harga Rendah, Kualiti Dijamin

  • Membolehkan barang keperluan asas diedarkan secara bergerak dan melangkau ke kawasan yang jauh dari kemudahan lain seperti kr1m, tukar dan yang berkaitan dengannya.
  • Satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh YBUDR, selaku pengawalselia dan KOPEDA (M) Sdn Bhd sebagai pembekal utama.

Pengenalan

Unit Kawalan Kredit ( UKK ) diwujudkan bagi mengawalselia aktiviti bayaran balik pinjaman Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan ( YBUDR ). Aktiviti bayaran balik pinjaman merangkumi apa jua hal berkaitan pembayaran balik pinjaman sama ada bagi peminjam konsisten serta peminjam yang mempunyai tunggakan.

Jenis Pinjaman

  1. Pinjaman Mikro (Pinjaman Perniagaan)
  2. Pinjaman SRIA – Skim Rumah Insan Aman Jaya ( Pinjaman Perumahan)

Kaedah Bayaran

Terdapat ( 2 ) kaedah bayaran iaitu :

  1. Bayaran terus ke Pejabat YBUDR
  2. Bayaran melalui kaunter bank :
    • Bank Simpanan Nasional ( BSN )
    • Maybank Berhad ( MBB )

Tindakan Kepada Peminjam Ingkar/Tegar

  1. Mengeluarkan Notis Peringatan / Notis Peringatan Terakhir
  2. Tindakan Undang-Undang dikenakan dan keseluruhan kos guaman akan ditanggung oleh peminjam.

Jabatan Pembiayaan bermula sebagai Khidmat Mikro Kredit yang bertanggungjawab mengurus selia beberapa Skim Pembiayaan Mikro Kredit seperti Skim IBU-Iktisad Bina Upaya, Skim Mikro Kredit Aman Jaya Belia Negara dan Kluster Ekonomi Keluarga Amanjaya. Kemudahan Khidmat Mikro Kredit diwujudkan bertujuan untuk mewujudkan Mata Pencarian Lestari (MLP) atau “sustainable income” kepada golongan keterbawahan. Program ini menggunapakai pendekatan Strategi Lautan Biru atau “Blue Ocean Strategy” dimana pembiayaan yang diberikan mestilah tiada petindihan dengan agensi lain. Permohon juga tidak pernah mendapat sebarang jenis bantuan dari mana-mana agensi lain sebelum ini. Sesuai dengan kematangan dan peranannya yang semakin mencabar, Khidmat Mikro Kredit telah dinaik taraf kepada Jabatan Pembiyaan bermula tahun 2015.

Objektif Jabatan

  1. Mewujudkan mekanisme bagi meningkatkan pendapatan
  2. Melahirkan golongan yang berpengetahuan dalam bidang
  3. Menyalurkan bimbingan keusahawaan dan juga sebagai jaringan perniagaan
  4. Mewujudkan jaringan perniagaan
  5. Mengurangkan jurang kemiskinan antara penduduk Negeri Perak.

Kumpulan Sasaran

  • Teras
    • Miskin
    • Miskin Tegar
    • Miskin Mudah
  • Pecahan
    • Ibu Tinggal / Tunggal
    • Bapa Tunggal
    • Anak Yatim
    • Pelajar Miskin
    • Orang kelainan Upaya (OKU)
    • Masyarakat Asli
    • Usahawan Kecil (Keterbawahan)

Unit Komunikasi Korporat (UKOM) memberi perhatian khas kepada hal ehwal media (cetak, elektronik dan media baru), publisiti, promosi, penjenamaan imej YBUDR, membantu penjanaan dana dan lain-lain aktiviti yang boleh memberi impak naik kepada YBUDR.

Visi

Jentera perhubungan korporat dan awam yang professional.

Objektif

Mengekalkan dan mengukuhkan imej korporat kepada organisasi ke tahap tertinggi melalui pendekatan komunikasi yang strategik.

Bidang Tugas / Fungsi

  • Sebagai “focal point” Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dalam penyampaian dan pengeluaran maklumat di peringkat organisasi, negeri, nasional dan global.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti peningkatan imej korporat YBUDR.
  • Merancang dan melaksanakan pelan komunikasi/ promosi/ publisiti/ program serta pencapaian YBUDR.
  • Merancang dan melaksanakan kajian impak ke atas keberkesanan sistem penyampaian YBUDR.
  • Merancang dan menguruskan penerbitan video korporat YBUDR, Laporan Tahunan serta lain-lain bentuk
    penerbitan bagi tujuan mempromosikan YBUDR.
  • Menyelaras lawatan rasmi organisasi dan agensi luar ke YBUDR.
  • Mengurus pengeluaran, penerbitan dan pengedaran kenyataan akhbar, siaran media dan nota kepada editor.
  • Mengurus dan mengendalikan taklimat mengenai fungsi dan peranan YBUDR.
  • Menyediakan bahan atau maklumat untuk pengisian portal/ laman web YBUDR.
  • Mengurus penyimpanan arkib foto, video dan liputan media berkaitan YBUDR.
  • Mengurus dan memantau isu berkaitan YBUDR serta meyelaras semua aduan yang diterima dari pelanggan.
  • Menyelia dan meyelaras jawapan mengenai aduan dan mengesyorkan tindakan yang perlu diambil kepada Pengurusan Utama YBUDR.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan kajian kepuasan pelanggan.
  • Mengesyorkan pandangan dan cadangan kepada YBUDR demi menaikkan lagi imej YBUDR.

Objektif Bidang Tugas

Menggerak dan menghidupkan fungsi Unit Komunikasi Korporat YBUDR. Memenuhi hasrat dan harapan Kerajaan Negeri agar YBUDR menjadi organisasi disegani melalui strategi komunikasi korporat.

Tukar Saiz Font
Kontras Warna