Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

SUKARELAWAN YBU TURUN PADANG BANTU MANGSA RIBUT

YBUDR 27 April 2017 – Yayasan Bina Upaya (YBU) mengadakan kerjasama dua penjuru bersama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Persatuan Budak Bus Stand (Big Bro) bagi membantu mangsa pokok tumbang bertempat di Kg Seri Keramat, Pasir Puteh.

Menurut Ketua Pegawai Operasi YBU, Hairul Anwar Mohamed Noor bagi program ini, seramai 25 orang yang terdiri daripada kakitangan dan sukarelawan YBU terlibat.

“Kerja-kerja pembersihan mulai jam 11 pagi (Khamis) di Kg Seri Keramat, Pasir Puteh,” katanya.

Bagi pihak MAIPk dan Big Bro, masing-masing disertai oleh sukarelawan yang mana bagi pihak Big Bro ia turut dihadiri oleh Presidennya, Amiruddin Mohd Daud.

Sementara itu, menurut mangsa pokok tumbang, kejadian berlaku pada petang Selasa ketika hujan lebat dan diikuti kilat dan ribut.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, tiada sebarang kecederaan berlaku.

“Mangsa akan dipindahkan ke sebuah homestay di Taman Temara sementara menunggu unit Flat SUK, Station 18 siap dengan bekalan air dan elektrik yang dijangka dalam tempoh seminggu,” kata Hairul Anwar.

Sumber : Perak BN

18119057_1510453905666072_3965467947608628246_n.jpg - 176.54 kb

18195159_1510453972332732_1588223690034553719_n.jpg - 172.28 kb

Komen-komen
Memuatkan komen...
Tukar Saiz Font
Kontras Warna