Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI SKIM RUMAH INFRA BINA UPAYA (IBU)

YBUDR 25 April 2017 – Fokus YBUDR ialah membantu Kerajaan Negeri menangani isu – isu kemiskinan di negeri Perak. Sasaran utama YBUDR ialah Miskin, Miskin Tegar dan Mudah Miskin yang merentasi batasan Agama, Kaum, Latar Belakang Masyarakat dan Idealogi Politik.

Bertepatan dengan slogan Negeri Perak “Tiada tertinggal, tiada terpinggir”, YBUDR juga membantu dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan perhatian. Dengan itu kesaksamaan dan kemakmuran ekonomi juga keadilan sosial dapat dinikmati oleh semua.

Oleh yang demikian, satu majlis penyerahan kunci Skim Rumah Infra Bina Upaya (IBU) telah berlangsung di Menglembu,Ipoh. Penyerahan kunci rumah tersebut dihadiri oleh En. Hairul Anwar Mohamed Noor, Ketua Pegawai Operasi YBUDR, serta YB. V. Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah.

Semoga dengan penerimaan Skim Rumah Infra Bina Upaya (IBU) ini dapat memberikan sinar baru dalam kehidupan & sudah menjadi amanat dan tanggungjawab YBU untuk membasmi kemiskinan dalam membantu keupayaan rakyat di Negeri perak.

Komen-komen
Memuatkan komen...
Tukar Saiz Font
Kontras Warna