Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

PROGRAM ZIARAH MESRA ANAK ANGKAT MENTERI BESAR (AAMB)

YBUDR 8 Mac 2017 – Program Ziarah Mesra Anak Angkat Menteri Besar (AAMB) dibawah kendalian YBUDR sempena Pemukiman Y.A.B Menteri Besar Perak di Daerah Perak Tengah.

Pada ziarah mesra ini, seramai 6 pelajar berstatus Anak Angkat MB Perak yang menetap di sekitar Daerah Perak Tengah telah dikunjungi oleh para pegawai YBUDR sebagai suntikan semangat dikalangan para pelajar tersebut untuk lebih berusaha dalam mengekalkan kecemerlangan akademik untuk mencapai cita-cita yang diidamkan.

Pihak YBUDR sentiasa memberikan sokongan dan dorongan dalam memastikan mereka selaku Anak Angkat Menteri Besar ini sentiasa mendapat perhatian yang sewajarnya dibawah kendalian YBUDR yang telah diamanahkan untuk memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa.

Komen-komen
Memuatkan komen...
Tukar Saiz Font
Kontras Warna